28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 27, 2021

Kerusi dimenangi BN akan kekal milik BN – Khaled

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan sesekali melepaskan kerusi yang dimenangi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu tetapi wakil rakyatnya melompat ke parti lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin menegaskan, mana-mana kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum sebelum ini akan terus kekal milik BN.

Beliau berkata, ini kerana bagi UMNO parti adalah lebih utama daripada mana-mana calon.

“Adalah tidak wajar kerusi yang BN menang tapi wakil rakyatnya lompat hendak diserahkan ke parti lompat.

“Parti adalah lebih utama daripada mana-mana calon. Jeli, Tanah Merah, Mersing, Larut dan sebagainya dimenangi oleh BN dan menjadi milik BN,” tegas beliau dalam Instagramnya hari ini.

Khaled mengulas kenyataan Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal bahawa partinya akan mempertahankan kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi oleh ‘calon boleh menang’.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dalam Mingguan Malaysia hari ini berkata, tiada sebab untuk partinya menukarkan calon jika mereka dikenal pasti memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Isu pengangihan kerusi bakal menjadi polemik antara UMNO dan Bersatu dalam PRU-15 jika parti pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menyertai Muafakat Nasional (MN).

Baca juga:   Annuar tuntut Zahid jelaskan surat kepada Muhyiddin

Ini kerana UMNO dan Bersatu dijangka berebut untuk bertanding di kawasan sama ketika UMNO dan Pas sudah hampir menyelesaikan isu pengagihan kerusi di kebanyakan negeri.

Baca juga:   Hati saya terhiris dilempar pelbagai tuduhan - Zahid

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, UMNO tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sebaliknya akan memberi tumpuan dengan MN.

Ini bermakna Bersatu terpaksa memilih menyertai MN jika untuk bersama-sama UMNO dan Pas dalam PRU-15, atau mencari “spearing partners” baharu jika mahu kekal atas tiket PN.

Untuk rekod sebanyak 15 Ahli Parlimen yang menang atas tiket BN dalam PRU-14 lalu tetapi kemudian meninggalkan parti dan menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen BN yang berpaling tadah ialah Datuk Seri Mustapha Mohamed (Jeli), Datuk Mas Ermieyati Shamsudin (Masjid Tanah), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Turut bertindak meninggalkan parti ialah Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Fasal (Bukit Gantang).

Lain-lain ialah Datuk Rozman Isli (Labuan), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd Dom (Beauford), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) dan Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran). – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

MENGENALI sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau bukan jenis berkokok dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa...

Lagi Artikel Berkaitan