24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Imam Muda Faris ugut ambil anak jika bekas isteri kahwin lain

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kisah finalis Imam Muda, Syed Faris yang menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly bersama lima anak selepas berkahwin lain di Songkla, selatan Thailand terus menjadi perhatian umum.

Selepas mendapat jodoh baharu, bekas peserta program Iman Muda musim kedua itu juga didakwa tidak memberikan nafkah yang mencukupi untuk anak-anak dan bekas isteri yang dikahwininya 12 tahun lepas.

Terbaru, Nur Hidayu mendedahkan bekas suaminya juga dikatakan menggugut untuk mengambil anak-anak mereka sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

NUR HIDAYU Rusli bersama lima anak-anaknya. – Sumber: BH Online

Hidayu yang bekerja sebagai guru sekolah tadika mendakwa bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya, malah Imam Muda tersebut ada memaklumkan teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini wanita ‘janda’ anak lima sepertinya.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas suaminya, Syed Mohd Faris Syed Roslan itu menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla pada 18 Mac lalu.

Mereka kemudiannya bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Hidayu mendakwa, bekas suami juga ada memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku serta menutup mulut tentang pergolakan rumah tangga mereka.

Advertisements

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.

“Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia menghalau saya daripada rumah ketika tempoh PKP,” katanya kepada BH Online.

Hidayu berkata, dia tidak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami berbuat demikian dan bertindak mendedahkan ksah perceraian mereka kerana tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.

“Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan. Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa,” katanya.

Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.- EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan