23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Kenyataan tidak biadab tetapi Khairy ketinggalan – Shahrir

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan kenyataan Khairy Jamaluddin yang mahu UMNO tidak diseret dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah dalam tujuh pertuduhan dalam kes SRC International tidaklah biadab.

Sebaliknya beliau menyifatkan Ahli Parlimen Rembau itu “semacam ketinggalan dan dalam penafian segala perubahan yang berlaku dalam tempoh Pakatan Harapan (PH) menjadi pemerintah.”

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu berkata, banyak perubahan yang berlaku sejak Khairy gagal dalam pemilihan jawatan-jawatan dalam parti itu.

SHAHRIR SAMAD

Berikut kenyataan penuh Shahrir yang disiarkan dalam Facebook beliau malam tadi;

Reaksi saya terhadap kenyataan YB (Yang Berhormat) Khairy Jamaluddin berikutan keputusan hakim dalam kes (DS) Datuk Seri Najib berhubung SRC bukanlah ia kenyataan yang biadab.

Ramai mempunyai reaksi yang sama seperti saya, iaitu saya hairan kenapa YB Khairy berpendapat semacam UMNO belum mampu bergerak ke hadapan, seolah-olah UMNO masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan di PRU14.

Seolah-olah UMNO masih terperangkap dalam kenafian realiti (‘denial’) dan masih mahu mempertahan bekas Presiden dan Perdana menteri, DS Najib Tun Razak!

Sebenarnya, saya melihat YB Khairy pula yang semacam ketinggalan dan dalam penafian segala perubahan yang telah berlaku dalam tempoh PH menjadi pemerintah.

Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak YB Khairy gagal dalam pemilihan jawatan-jawatan UMNO. Muafakat Nasional, umpamanya.

Advertisements

Peletakan jawatan PM oleh Tun Dr. Mahathir (Mohamad) sehingga munculnya kerajaan TS (Tan Sri) Muhyiddin Yassin. Kedua-dua ini melibatkan kepemimpinan UMNO.

Tanpa perpaduan UMNO dan kepemimpinan parti yang memahami kehendak ahli dan pimpinan bawahan, kedua-dua peristiwa terpenting ini pasti tidak akan berlaku.

UMNO dan BN sudah pun ke hadapan dan akan terus ke hadapan, memantapkan kesiapsagaan untuk mendapat kembali mandat rakyat secara terhormat dan berprinsip pada PRU15.

Kerana itu, UMNO dan Pas memahami sokongan kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin (yang YB Khairy menjadi seorang menteri dalamnya, sedangkan ia sesuatu jawatan yang boleh ditolak) adalah untuk menyelamatkan keadaan buat sementara waktu.

Sementara sehingga keadaan mengizinkan untuk mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih pemerintahan yang terbaik di PRU15. UMNO dan BN pada hari ini sangat-sangat berbeza daripada keadaan pada Mei 2018 selepas kalah dalam PRU15.

Kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO, termasuk saya sendiri, akan terus berjalan. Saya tidak pun melibatkan UMNO dalam kes-kes ini.

Dan saya tetap bersama UMNO dan menyokong perjuangan parti walaupun saya menghadapi pendakwaan di mahkamah. Kes di mahkamah tetap tanggungan kami sendiri.

Ia tidak sama sekali akan menghalang kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara melalui UMNO.

Tidak timbul soal biadab di pihak YB Khairy kerana UMNO ketika ini sudah jauh ke hadapan, meninggalkan dilema yang dihadapi YB Khairy selepas PRU14.

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan