25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

6 remaja autisme pamer kejayaan peribadi dalam ‘Embrace Autisme’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Enam remaja autisme mempamerkan kebolehan dan kejayaan masing-masing menerusi pameran Embrace Autism yang berlangsung di Intermark Mall di sini bermula 17 hingga 23 Ogos ini.

Dilancarkan oleh Senator Ras Adiba Radzi, pameran ini bertujuan merapatkan jurang antara pengidap autisme dengan masyarakat menerusi kesedaran, pendidikan dan pemerkasaan.

Pengasas Embrace Autism, Noraza Yusof berkata, ini adalah kali ketiga pameran ini dianjurkan dan kali ini bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin.

“Dibuka kepada umum secara percuma, pameran ini menceritakan tentang kisah hidup enam individu dengan cabaran autistik.

“Dengan sokongan padu daripada ibu bapa, mereka berjaya menemukan kekuatan, mengatasi kesukaran yang dihadapi dan mengembangkan bakat mereka sejak daripada usia yang muda untuk berjaya.” katanya dalam satu kenyataan.

Enam remaja yang menyertai pameran itu ialah Wan Jamila Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali sebagai Artjamila, 18, seorang pelukis yang telah merangkul pelbagai anugerah dan dikenali di seluruh dunia.

Turut terlibat ialah Clarence Kang, 22, (pemain piano), Muhammad Luqman Shariff, 21, (pengendali kafe), M. Kisshen Raj, 18, (memperoleh 9A dalam SPM) dan Nur Dhia Izz Ashfadina Muhammad Asrie (perenang ekstrem).

Pada majlis itu turut dilancarkan The Embrace Autism Marketplace menerusi Facebook.

Noraza berkata, pameran itu juga diharap dapat memberi inspirasi dan menggalakkan ibu bapa mencungkil bakat anak autistik mereka.

“Setiap kisah yang dipaparkan boleh dijadikan inspirasi kepada ibu bapa yang berhadapan cabaran memahami dan mengurus anak-anak serta mengasah kemahiran dan bakat mereka yang unik dari usia muda,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan