26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Penyokong Najib tak amal penjarakan selamat, KP Kesihatan sedih

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tindakan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 semasa memberi sokongan kepada bekas perdana menteri itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini mengundang rasa sedih Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini selepas warganet melahirkan kebimbangan mereka akan kewujudan ‘kluster Najib’ apabila mendapati ratusan penyokong bekas perdana menteri itu tidak mengamalkan penjarakan sosial dan ada yang tidak memakai pelitup muka.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat malaysia untuk patuh kepada SOP penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup muka dan kerap cuci tangan.

“Sedih melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” tulis beliau di Twitter.

Pengabaian SOP itu turut menimbulkan kebimbangan seorang wakil rakyat akan berlakunya kluster baharu berikutan perhimpunan itu.

Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) berkata, kebimbangan itu timbul selepas mendakwa himpunan terbabit tidak dikawal pihak berkuasa.

Sementara itu, kehadiran ratusan penyokong Najib itu memaksa polis menggunakan pembesar suara meminta orang ramai menjaga jarak selamat bagi mencegah penularan Covid-19.

Baca juga:   Sekretariat tetap diwujud bagi menyelaras program TVET - TPM

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, beliau dan anggotanya sebelum itu sudah mengarahkan mereka menjaga penjarakan sosial namun masih ada penyokong tidak endah arahan mereka.

Berikutan itu, polis menggunakan pembesar suara meminta mereka yang berhimpun agar mematuhi SOP.

Baca juga:   Penuntut UniKL MIAT dikhuatiri lemas

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Najib bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan meliputi salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta daripada SRC International.

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan