28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemuda simpati kepada Najib, teruskan perjuangan bela rakyat

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO berasa sedih dan simpati atas nasib bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International.

Sambil menegaskan pergerakan itu akur dan menghormati keputusan mahkamah, Ketuanya, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, Pemuda UMNO akan terus maju ke hadapan dengan citra baharu untuk memastikan agenda perjuangan yang masih belum selesai untuk membela kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akur dan menghormati keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan meliputi salah guna kuasa, pecah amanah dan pertuduhan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International.

Walaupun kami berasa sedih dan simpati atas nasib bekas Pemimpin nombor satu UMNO dan negara, Pemuda yakin Datuk Seri Najib masih ada peluang dan ruang mendapatkan keadilan melalui proses perundangan negara hingga ke peringkat yang tertinggi.

Pemuda UMNO amat menghormati sifat cekal dan tabah Datuk Seri Najib yang konsisten sejak daripada awal mahu membersihkan diri beliau melalui proses perundangan di mahkamah dan keengganan beliau untuk tidak mahu mengheret parti dan rakyat dalam kes-kes pertuduhan yang dihadapinya.

Justeru, Pemuda UMNO mengajak seluruh warga pejuang-pejuang parti untuk terus mendoakan kecekalan dan kesejahteraan pemimpin yang banyak jasanya kepada parti dan negara ini.

Dalam masa yang sama, bagi Pemuda UMNO, kami akan terus maju ke hadapan dengan citra baharu untuk memastikan agenda perjuangan yang masih belum selesai untuk membela kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara, dengan menjadikan segala episod ini sebagai satu lipatan sejarah untuk diambil iktibar.

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan