29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Nabi Muhammad tidak larikan diri – Dr Zulkifli

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Nabi Muhammad SAW tidak melarikan diri dari Mekah ke Madinah, sebaliknya penghijrahan Rasulullah itu adalah atas perintah dan tuntutan ALLAH SWT.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, penjelasan mengenainya ada dinyatakan dalam kitab Fiqh Sirah karya Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

“Beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW semasa berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah, bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri.

“Tetapi adalah atas perintah dan tuntutan Allah SWT dan istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain,” kata di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu – Sabak Bernam) sama ada Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) boleh diklasifikasikan sebagai menghina Nabi Muhammad SAW kerana menyatakan Rasulullah seorang pelarian.

Memetik laporan Sinar Harian, Dr Zulkifli terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak berada di dalam Dewan Rakyat semalam ketika Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata sedemikian.

Advertisements
DR ZULKIFLI MOHAMAD

“Yang kedua, sekadar melihat beberapa sedutan semata-mata, sepatutnya kalau kita tengok keseluruhan beliau ada mentafsirkan maksud satu persatu.

“InsyaAllah saya akan bagi buku yang saya karyakan berkenaan dengan hijrah ini,” tambah beliau.

Semalam, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad menarik balik kenyataannya yang Nabi Muhammad adalah pelarian.

Beliau berkata, kenyataan itu merupakan kesimpulan mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

Sebelum itu, Mohamad mengingatkan yang tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap, kita lupa Islam itu ditegakkan oleh pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya.

Advertisements

Terkini

Mohd Rosli terima pemakaian pangkat Laksamana Maritim

KETUA Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima...

Lagi Artikel Berkaitan