23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Pengasuh didakwa beri racun kepada bayi

Mesti Baca

SINGAPURA – Seorang wanita didakwa di sebuah mahkamah Singapura, semalam atas pertuduhan memberi racun kepada dua bayi yang diasuhnya.


Memetik laporan Berita.mediacorp, tertuduh Sa’adiah Jamari, 38, dihadapkan ke mahkamah bagi dua tuduhan memberi racun kepada seorang bayi lima bulan dan seorang kanak-kanak 11 bulan pada 2016 dalam dua kes berasingan.


Sa’adiah yang juga jururawat berdaftar berkata, dia mempunyai sejumlah ubat-ubatan yang ditemui dalam sistem tubuh bayi-bayi berkenaan di rumahnya namun menafikan dia memberikannya kepada kedua-dua bayi tersebut.


Tertuduh mengakui bahawa dia mempunyai sebilangan ubat-ubatan yang ditemui dalam sistem tubuh bayi berkenaan dan sebahagian ubat-ubatan itu telah diberikan oleh doktor.

Namun, apabila ditanya oleh peguamnya jika dia memberi ubat-ubatan itu kepada bayi berkenaan, Sa’adiah berulang kali menjawab: “Tidak.”


Ibu kepada mangsa yang pertama mendapatkan khidmat Sa’adiah setelah beliau memuat naik iklan di Facebook untuk seorang pengasuh Muslim bagi menjaga kedua-dua anak perempuannya: mangsa yang berusia lima bulan dan kakaknya berusia lima tahun.


Ibu kepada mangsa itu, dalam keterangannya pada awal tahun ini, berkata bahawa beliau mendapati bayi perempuannya “meragam” dan sukar untuk tidur, kali pertama Sa’adiah menjaganya.


Beliau juga memerhatikan bahawa bayinya sangat mengantuk setiap kali beliau mengambilnya daripada rumah Sa’adiah sehingga ibu mangsa akhirnya membawa anaknya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan. Bayi itu didapati berada dalam keadaan “baik” dan hasil ujian darah juga normal.

Baca juga:   Ayah OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan rogol anak OKU
Baca juga:   Pelajar tingkatan 6 ditahan dipercayai bunuh rakan sendiri


Namun pada 9 Disember 2016, apabila mangsa dibawa pulang oleh ibunya, nenek mangsa berasa terkejut melihat keadaannya terlalu mengantuk hingga beliau dibawa ke sebuah lagi hospital.


Ibu kepada mangsa kedua terbaca satu catatan oleh ibu kepada mangsa pertama yang menjadi tular, yang menggambarkan apa yang berlaku.


Mangsa kedua, seorang bayi 11 bulan, dipercayai diberi ubatan pada 25 Dis 2016 dan 26 Dis 2016, ketika ibu bapanya memutuskan untuk mendapatkan pengasuh supaya mereka dapat meluangkan masa bersama.


Perbicaraan semalam tergendala buat seketika apabila pihak pendakwa mendapati bahawa Sa’adiah mempunyai bersamanya beberapa dokumen di kandang saksi.


Setelah meneliti dokumen itu, pihak pendakwa berkata terdapat sebuah buku catitan terselit dalam dokumen-dokumen itu yang mengandungi “apa yang kelihatan seperti tertuduh mencatit soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh timbalan pendakwa raya dan jawapan yang mungkin diberikan”.


Peguam bela berkata beliau tidak sedar akan hal itu dan memohon maaf dan hakim mengingatkan para peguam supaya memastikan para saksi tidak merujuk kepada sebarang dokumen tanpa mendapatkan izin dari mahkamah.


Perbicaraan kes akan disambung pada pagi Rabu (15 Jul), dengan pihak pendakwa melakukan serang kenyataan terhadap Sa’adiah.


Jika didapati bersalah memberi racun dengan niat menyebabkan kesakitan, Sa’adiah boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan didenda. Dia tidak boleh disebat kerana dia seorang wanita.

Baca juga:   Ujian kendiri perlu dibuat jika pulang ke kampung
Baca juga:   Siasat dakwaan bayi mati disebabkan kecuaian hospital

Wartawan

Terkini

Annuar mimpi cuba selamatkan “rumah pusaka” terbakar, tapi dihalang

KETUA UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang dilaporkan dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam...

Lagi Artikel Berkaitan