28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

SK Felda Kg Sertik sediakan sinki tambahan untuk kemudahan murid

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

BENTONG – Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kampung Sertik di sini seperti juga lain-lain sekolah kebangsaan di seluruh negara memulakan sesi persekolahan hari ini sejak ditutup Mac lalu akibat pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.

Mulai hari ini sekolah tersebut membuka semula sesi persekolahan bagi murid-murid tahun lima dan tahun enam seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.

Justeru, pelbagai persiapan telah dibuat termasuk menyediakan kemudahan tambahan untuk murid-murid, antaranya penyediaan sinki tambahan di sepanjang koridor bagi memudahkan pelajar membasuh tangan.

Guru Besar SK Felda Kampung Sertik, Mawar Ibrahim berkata, sinki tambahan ini bagi memudahkan murid-murid mencuci tangan tanpa perlu ke tandas atau kantin, sekali gus dapat menjimatkan masa sewaktu rehat di dalam kelas.

GURU kelas SK Felda Kampung Sertik menyampaikan taklimat tentang SOP yang perlu dipatuhi sepanjang sesi persekolahan di Karak, Bentong, Pahang hari ini.

“Pihak sekolah telah bergotong- royong membuat persiapan mengikut prosedur standard operasi (SOP) Kementerian Pendidikan dalam langkah-langkah pencegahan COVID-19 di persekitaran sekolah walaupun graf penurunan sudah mula nampak positif.

“Kita berharap semua pihak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan agar tidak wujud kluster sekolah,” kata beliau kepada Edisi 9 hari ini.

Advertisements

Menurutnya, pihak sekolah telah menyediakan sebanyak tiga unit paip alternatif di setiap koridor yang mempunyai empat buah kelas keseluruhannya.

Selain itu, jelas beliau. murid juga digalakkan membawa bekal makanan dan peralatan sendiri dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri.

“Saya menzahirkan rasa syukur di atas kehadiran murid-murid dan peratus amat memberangsangkan pada hari pertama sesi persekolahan dibuka.

“Terima kasih juga kepada ibu bapa dan guru- guru terlibat dalam memberikan kerjasama sepenuhnya pada hari pertama ini,” jelasnya lagi.

Guru, Noor Hafizah Ismail memeriksa suhu murid-murid di pintu utama sekolah.
murid-murid di pintu masuk utama SERTIK

Seramai 29 orang guru terlibat dalam sesi persekolahan satu sesi ini yang bermula pada 7.45 pagi sehingga 1.30 petang.

Terdahulu saringan suhu di pintu masuk utama dilakukan beberapa orang guru sebelum mencatat kehadiran murid dengan mengunakan aplikasi ‘datang reader’. – Edisi 9

Murid-murid makan di dalam kelas semasa sesi rehat persekolahan.
SEORANG kakitangan menyediakan sinki alternatif yang ditempatkan di setiap koridor sekolah.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan