25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hawa Rizwana kesal dituduh ‘penyondol’ lelaki

Mesti Baca

PENYAMPAI berita dan pengacara program Wanita Hari ini di stesen TV3 yang semakin mendapat perhatian ramai, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan kesal kerana segelintir masyarakat negara ini masih gemar menabur fitnah terhadap selebriti.

Hawa telah menerima beberapa mesej peribadi melalui media sosial yang menuduhnya sebagai wanita perampas atau ‘penyondol’ lelaki yang tidak diketahui apa maksud penghantar mesej tersebut.

Hawa, 25, menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan, bagaimapun dia tidak melenting atau marah-marah dengan perbuatan Netizen tersebut kerana menanggap penghantar mesej mempunyai masalah mental.

“Saya pun tak faham apa maksud dia. Saya tidak pernah kacau sesiapa pun, mungkin dia sengaja hendak memulakan provakasi.

“Bila saya buka DM (mesej peribadi) tersebut, rupa-rupanya dah banyak mesej yang berbunyi lebih kurang sama dihantar sebelum ini.

“Kita tak boleh anggap semua orang yang menggunakan media sosial ini waras, mungkin dia tak sihat..jadi buat apa saya nak marah,” katanya yang dipetik melalui portal berita mStar.

Hawa yang semakin menjadi perhatian pemiat siaran televisyen TV3 berkata, dia tidak terlalu memikirkan perkara demikian kerana ia boleh membawa kesan negatif dalam hidupnya.

Katanya, pada permulaan pembabitannya dalam karier penyiaran, dia tidak menyangka perkara seumpama itu akan berlaku kepada dirinya tetapi apabila keadaan itu berlaku sekarang, dia hanya mengambil sikap tidak peduli.

“Saya tidak ambil peduli sangat perkara seperti itu kerana ia tidak memberi tekanan pun kepada saya. Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya untuk berdepan dengan ujian ini,” tambahnya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan