24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MN perlu tolak amalan politik ‘pajak gadai’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) khususnya UMNO perlu menolak sebarang usaha memajak gadai parti itu semata-mata kerana jawatan Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jika amalan itu dilakukan ia umpama mengulangi kesilapan Pakatan Harapan (PH) yang ‘memajak gadai’ jawatan itu kepada sebuah parti yang kecil.

Menurut beliau, UMNO dan Pas kini mempunyai keahlian hampir 5 juta dan tiada sebab itu MN menyerahkan kepimpinan negara kepada sebuah parti yang ahlinya tidak sampai 100,000 orang.

“Justeru, cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dan Tan Sri Annuar Musa (Setiausaha Agung Barisan Nasional) itu, seolah-olah jawatan Perdana Menteri boleh dipajak-gadaikan.

“Lihatlah kepada parti besar seperti PKR dan DAP yang telah pajak gadaikan jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu. Akhirnya mereka yang kena gadai,” kata Mohd Puad menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas keputusan UMNO dan Pas untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Advertisements

Memetik laporan media, Annuar yang juga Setiausaha Bersama Sekretariat MN berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.

Mohd Puad berkata, jika pemimpin tertinggi parti tidak mampu berfikir, adalah lebih bagi keputusan berhubung perkara itu diserahkan kepada akar umbi untuk membuat keputusan.

Katanya, perlu diingat bahawa konsensus Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan pandangan ahli-ahli di peringkat bawah perlu dihormati.

“Keputusan besar seperti memajak gadai jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan dari akar umbi. Jangan apa yang terjadi kepada Pakatan Harapan terjadi kepada Muafakat Nasional.

“Apatah lagi rakyat masih tertanya tanya (hubungan) Muhyiddin-Mahathir ini, kawan atau lawan,” kata beliau.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga mahukan hasil pertemuan ketua-ketua pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk isu jawatan Perdana Menteri perlu dibawa ke mesyuarat MKT untuk dibincang dan dipersetujui. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan