KOTA BHARU – Berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya.
Siapa sangka, ada sebuah keluarga dekat Pantai Cahaya di sini sudah lapan tahun tinggal di dalam sebuah kandang lembu.
Kandang lembu itu dibersihkan keluarga itu selepas rumah mereka yang dahulu terbakar dan dijadikan tempat tinggal.
Biarpun terpaksa tinggal berpanas dan sempit namun ‘rumah’ itu dijaga dengan bersih dan kemas.
Pasangan suami isteri itu bersama anak masih kecil melakukan beberapa jenis kerja.
Malah anak lelaki sulung keluarga itu turut membantu ibu bapanya dengan membantu menjaga kedai kawasan sekitar dengan upah RM10.
Sementara itu, kedaifan hidup keluarga itu mendapat perhatian Ebit Lew, semalam.
Ebit yang mesra disapa Ustaz Ebit berasa terkejut dengan keadaan keluarga yang menetap di kandang lembu tersebut.
Ustaz Ebit berkata, di sebalik wajah mereka betapa dia kasihan dengan anak anak-anak keluarga itu.
“Rumah ini buat hati saya sayu. Duhai hati betapa berbeza hidup mereka dengan kita.
“Doakan saya ingin bawa keluarga ini pindah dan mulakan hidup baru demi anak-anak InsyaAllah,” katanya.