34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UMNO jangan ulangi kesilapan PH – Khaled

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO tidak boleh terburu-buru memutuskan pendirian berhubung jawatan Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini bagi mengelak kejadian yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) berulang dalam Muafakat Nasional (MN).

Berikut kenyataan penuh beliau yang dipetik dari Twitternya, semalam:

Politik Malaysia adalah sangat dinamik. Semenjak tiga pilihan raya umum lepas, kita menyaksikan Parlimen Malaysia tidak lagi mempunyai parti yang menguasai majoriti dua pertiga kerusi.

Ini menyebabkan kesukaran untuk melantik Perdana Menteri. Parti yang terbesar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri kerana kesepakatan mereka untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad.

UMNO jangan ulangi kesilapan PH – Khaled

KUALA LUMPUR – UMNO tidak boleh terburu-buru memutuskan pendirian berhubung jawatan Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini bagi mengelak kejadian yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) berlaku dalam Muafakat Nasional (MN).

Berikut kenyataan penuh beliau yang dipetik dari Twitternya, semalam:

Politik Malaysia adalah sangat dinamik. Semenjak tiga pilihan raya umum lepas, kita menyaksikan Parlimen Malaysia tidak lagi mempunyai parti yang menguasai majoriti dua pertiga kerusi.

Ini menyebabkan kesukaran untuk melantik Perdana Menteri. Parti yang terbesar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri kerana kesepakatan mereka untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sangat bertentangan dengan amalan demokrasi berperlembagaan. Secara perlembagaan, parti dengan kerusi terbanyak dijemput untuk membentuk kerajaan dan adalah tugas parti tersebut meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa calon Perdana Menterinya mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi.

Bagaimana ia ingin mendapatkan sokongan adalah dengan mendapatkan sokongan sekutu politik mereka atau ‘coalition partners’.

Pasca PRU-14, Pengerusi Bersatu dengan hanya 13 kerusi dilantik sebagai Perdana Menteri. Ia menjadikan Bersatu parti terlemah dalam Pakatan Harapan (PH). Tetapi dengan jawatan Perdana Menteri, ia mempunyai tarikan yang menyebabkan Ahli Parlimen melompat.

Dan itulah yang dilakukan oleh Dr Mahathir untuk mengukuhkan partinya.

Ini adalah budaya politik yang sangat tidak sihat dan mesti berakhir.

Kita tidak boleh lagi bersetuju menamakan Perdana Menteri dari parti yang tidak mempunyai kekuatan politik sebenar.

Ia akan selamanya menjadikan kerajaan tidak stabil dan kucar-kacir.

Oleh Kerana itu, dalam pilihan raya umum akan datang, UMNO mesti menawarkan calon Perdana Menterinya jika ia memenangi kerusi terbanyak.

Malah jika UMNO tidak memenangi jumlah kerusi terbanyak pun, UMNO mesti bersedia dengan calonnya jika calon tersebut boleh menggembleng sokongan untuk membentuk kerajaan.

UMNO ramai calon berpotensi untuk diketengahkan. UMNO mempunyai Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaludin dan beberapa nama lain untuk diketengahkan.

Advertisements

Mereka ini semuanya berpotensi dan adalah ‘prime miniter’s material’.

Jadi terpulanglah kepada UMNO dan kepimpinannya untuk menemui kesepakatan bagi menamakan calonnya.

Jadi walaupun ketika ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, UMNO jangan terburu-buru menghadkan pendiriannya.

Malah pendirian UMNO harus datang dari muafakat parti berdasarkan kedinamikan politik negara.

Apa yang pasti UMNO mempunyai calon yang bukan sahaja bersedia menjadi Perdana Menteri tetapi mempunyai wibawa, pengaruh, pengalaman dan pesona yang dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia. –

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan