26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Catherine Wilson ‘kantoi’ ambil syabu

Mesti Baca

JAKARTA – Polis Indonesia mengesahkan pelakon dan juga model, Catherine Wilson positif menggunakan dadah selepas keputusan ujian air kencing diketahui hari ini.

Jurucakap Polis Indonesia, Yusri Yunus berkata, hasil ujian air kencing mendapati Catherine menggunakan dadah jenis syabu.

“Sudah positif methamphetamine atau syabu,” kata Yusri kepada portal CNN Indonesia.

Namun polis tidak mendedahkan jumlah berat syabu yang dirampas polis dari rumah Catherine.

Polis bertindak menyerbu rumah Catherine di Cinere dekat sini hari ini kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan dan menemukan dua paket dadah bersamanya.

Serbuan itu dibuat hasil maklumat orang awam dan polis akhirnya berjaya menahan artis tersebut.

“Benar, pagi ini figura awam CW atau K kami tahan,” tambah Yusri.

Catherine pernah membintangi filem antaranya Cinta Silver dan Pesan Dari Surga selain berlakon beberapa buah sinetron seperi NgacaDong, Selimut Hati, Subhanallah, Siaga Satu, dan Monyet Cantik dan Serpihan.

Penahanan Catherine itu menambah deretan artis Indonesia yang terjebak dengan kesalahan berkaitan dadah tahun ini.

Antara selebriti itu ialah, Vitalia Sesha, Lucinta Luna, Nanie Darham, Aulia Farhan, Medina Zein, Ririn Ekawati, Dwi Sasono, Vanessa Angel, Reza Alatas, Tio Pakusadewo, Naufal Samudra, Roy Kiyoshi dan Ridho Ilahi. – Agensi

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan