29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Bunuh Datuk Seri: 6 termasuk Datuk didakwa hari ini

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar Datuk merupakan seorang daripada enam tertuduh yang akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini berhubung kes culik dan pembunuhan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di Rawang, baru-baru ini.

Polis Selangor dalam satu kenyataan berkata, arahan pendakwaan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara supaya pertuduhan dibuat ke atas enam orang lelaki dibawah Seksyen 3, Akta Colek 1961.

Pertuduhan akan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ini selepas polis menahan sejumlah 11 lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berhubung kes berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu pembunuhan Datuk Seri itu bermotifkan wang.

Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah berusia 55 tahun diculik ketika sedang berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, sekitar jam 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

Selepas hampir 18 hari diculik, mayatnya ditemui di dalam belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang.

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta (RM154 juta).

Baca juga:   Bekas menteri dituduh bawah AMLATFPUAA esok

Semua suspek termasuk seorang lelaki bergelar Datuk berusia lingkungan 20 hingga 56 tahun. – Edisi 9


Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan