29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Petit maki prestasi buruk Arsenal, kutuk tawaran kontrak baharu David Luiz

Mesti Baca

BEKAS pemain tengah Arsenal, Emmanuel Petit mengutuk keras prestasi buruk ditunjukkan bekas pasukannya itu apabila tewas dengan Brighton 1-2, Sabtu lalu.

Bintang Perancis berusia 49 tahun itu mendakwa, pasukan kendalian Mikel Arteta itu kelihatan seperti sebuah pasukan sederhana yang tiada roh, semangat dan maruah.

“Saya menonton perlawanan antara Brighton, namun penghujungnya, saya melihat mereka seperti cuba menentang Neal Maupay, Itu buat saya tergelak.

“Kamu (Arsenal) buat saya ketawa, Baik diam (shut the &*$% up) dan buat benda sepatutnya atas padang.

“Saya amat marah dengan sikap pemain ketika perlawanan menentang Brighton sehinggakan saya berharap untuk masuk ke bilik persalinan dan maki sesiapa sahaja supaya mereka `shut the f%$# up, who the f%&* do you think you are?’,” katanya seperti dipetik dari portal The Sun.

Emmanuel Petit

Tambah Petit, perkara itu berlaku kerana Arsenal kini seperti ketiadaan ‘ketua’ dan karakter.

Advertisements

Dalam perlawanan itu, Arsenal mendahului menerusi jaringan Nicolas Pepe pada minit ke-68 sebelum Brighton menyamakan kedudukan melalui Lewis Dunk pada minit ke-75.

Arsenal menerima bala perit apabila penyerang Brighton, Neal Maupay menyumbat gol kemenangan dalam masa tambahan pada minit ke-95 sebelum wisel penamat ditiupkan.

Dalam pada itu, Petit turut menyelar keputusan kelab London itu apabila memutuskan memberi tawaran baharu kepada pertahanan David Luiz untuk kekal di Emirates.

Beliau mengganggap kontrak baharu ditawarkan kepada pertahanan Brazil itu sebagai bahan `lawak’ sambil mendakwa Luiz sudah tiga tahun tidak beraksi seperti seorang pemain bola sepak yang sebenar-benarnya.

Kritikan itu dibuat apatah lagi selepas Luiz mempamerkan aksi buruk dengan menjadi punca kepada gol pertama selain dibuang padang ketika menentang Manchester City sebelum tewas 3-0 dalam perlawanan pembukaan semula Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan