LONDON – Penyerang tengah Brazil, Philippe Coutinho kini dikaitkan akan kembali beraksi semula ke Liga Premier Inggeris untuk menyertai kelab bola sepak Chelsea atau Arsenal.
Menurut laporan The Sun, pemain berusia 28 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan tersebut selepas tidak terpilih untuk kekal dalam skuad di Nou Camp.
Dalam pada itu, berpandukan laporan akhbar sukan Sepanyol, Mundo Deportivo, Barcelona telah memutuskan untuk menjual pemain tersebut pada musim panas ini.
“Barcelona sedang berusaha untuk menjual Coutinho pada harga tertinggi sebelum 30 Jun ini,” lapor akhbar tersebut.
Barcelona dilaporkan memiliki dana terhad bagi bagi tujuan perpindahan pemain musim panas ini berikutan penularan virus corona (Covid-19).
Bagaimanapun , kelab gergasi Sepanyol tersebut masih menyimpan hasrat untuk membawa masuk dua bintang iaitu penyerang muda Argentina, Lautaro Martinez, 22 daripada Inter Milan selain Neymar daripada PSG.
Namun Pengerusi Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta menyatakan kelab Itali tersebut tidak berhasrat untuk melepaskan Lautaro Martinez yang popular dengan gelaran ‘The Bull’ itu.
Dalam saingan Serie A musim 2018-2019, The Bull mencatatkan jaringan sebanyak enam gol dan jumlah itu meningkat dua kali ganda dengan bagi musim 2019-2020.