31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Liverpool juara Liga Inggeris selepas 30 tahun

Mesti Baca

LIVERPOOL menjulang kejuaraan Liga Inggeris buat kali pertama selepas 30 tahun setelah pencabar terdekatnya Manchester City tumpas kepada Chelsea 2-1 awal pagi ini.

Sebelum itu anak buah Jurgen Klopp menundukkan Crystal Palace 4-0 pada Rabu dan memerlukan dua mata lagi untuk menamatkan penantian tersebut.

Bagaimanapun, kekalahan kepada Chelsea sekali gus menyebabkan peluang City untuk mengejar kedudukan Liverpool musnah selepas ketinggalan 23 mata.

https://www.instagram.com/p/CB4C7cMBJGp/

Kali terakhir Liverpool menjuarai Liga Inggeris pada 1990 ketika pasukan itu di bawah bimbingan Kenny Dalglish.

Ini adalah kejuaraan liga ke-19 Liverpool dan masih ketinggalan berbanding Manchester United yang memegang rekod 20 kali merangkul gelaran tersebut.

Liga Inggeris disambung semula selepas lebih tiga bulan ‘berehat’ ekoran pandemik Covid-19 dan semua perlawanan dilangsungkan tanpa penonton. – Agensi

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan