31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Liverpool juara: Ini jawapan Menteri Agama tentang perasaannya

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Liverpool mengembirakan para penyokongnya di seluruh dunia termasuk Malaysia selepas menghadiahkan trofi Liga Inggeris buat kali pertama selepas 30 tahun.

Anak-anak buah Jurgen Klopp itu meraikan kejayaannya lebih awal selepas saingan terdekat Manchester City tumpas kepada Chelsea 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi ini.

Laman media sosial sejak pagi ini dihujani dengan ucapan tahniah serta ciapan-ciapan penuh ceria para penyokongnya dan menjadi trending.

Bagaimanapun, cara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menjawab pertanyaan tentang perasaan beliau selepas kejayaan pasukan pujaannya itu agak mengejutkan.

“Apa rasanya perasaan Dr Zul bila Liverpool akhirnya champion?” tanya pemilik akaun Farhan Nearhan menerusi twitter pagi ini.

Advertisements

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga die-hard fan Liverpool itu dengan selamba berkata: “Boleh tanya kepada selain penyokong Liverpool,” bagi menggambarkan perasaan sebaliknya penyokong pasukan lain.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikenali sebagai peminat setia Manchester United lain pula bunyinya.

Dalam nada berseloroh, Najib berkata, penantian panjang penyokong kelab itu selama 30 tahun akhirnya terbalas kerana salah Salah.

“Tahniah Liverpool. Penantian panjang para penyokong Liverpool FC akhirnya terbalas! Ini semua salah Salah!” katanya dalam ciapan di twitternya hari ini.

Kelab berpangkalan di Anfield itu dinobat sebagai juara Liga Inggeris selepas saingan terdekatnya Manchester City tewas kepada Chelsea 2-1 awal pagi ini.

Bagaimanapun United masih memegang rekod kejuaraan liga terbanyak dengan 20 kali kemenangan sementara Liverpool 19 kali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan