31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Tuduhan Abas Saad berniat jahat – Ismail Sabri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

WALAUPUN sudah berulang kali diperingatkan oleh kerajaan, virus berita palsu masih lagi menular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mangsa terbaharu ialah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baru-baru ini, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti ‘Abas Saad’ mendakwa Ismail Sabri pernah mengeluarkan kenyataan kononnya mana-mana rakyat Malaysia yang pulang ke kampung berhari raya biarkan dibuang kerja.

Sebaliknya, apa yang disebut oleh Ismail Sabri dalam sidang media hariannya sebelum itu adalah: “Eloklah kembali semula ke tempat kerja walaupun mungkin tidak melepasi sekatan jalan raya dan dikompaun. Lebih baik dikompaun daripada hilang pekerjaan”.

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya pada malam 27 Mei lalu.

Memang jauh sangat larinya apa yang dituduh oleh Abas Saad itu dengan apa yang sebenarnya disampaikan oleh Ismail Sabri.

Malah, beliau menyifatkan hantaran Abas Saad tersebut sebagai berniat jahat dan fitnah.

“Dalam satu kenyataan dalam sidang media saya sebelum ini, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia yang curi-curi balik ke kampung sepanjang tempoh PKPB untuk kembali pulang ke rumah masing-masing bagi tujuan bekerja meskipun terpaksa dikenakan tindakan kompaun.

“Mana mungkin saya membiarkan rakyat Malaysia hilang pekerjaan lebih-lebih lagi pada pandemik COVID-19 ini,” jelasnya.

Sudah-sudahlah menyebarkan berita palsu yang langsung tidak memberi faedah kepada sesiapa pun.

Baca juga:   KKM nafi beri kebenaran individu dua dos rentas negeri

Silap-silap boleh merugikan diri sendiri pula apabila pihak yang menjadi mangsa mengambil tindakan undang-undang. – EDISI 9

Baca juga:   37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan