Wednesday, July 22, 2026

SPRM nafi spekulasi akaun Twitter dinyah aktif

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kononnya akaun Twitter miliknya telah dinyahaktifkan.

Sebaliknya, akaun Twitter @SPRMMalaysia tidak dapat diakses berikutan isu teknikal di pihak Twitter sejak semalam.

“Susulan itu, SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari sama dan isu tersebut kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan.

“Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter suruhanjaya ini adalah tidak benar,” kata SPRM dalam kenyataan media hari ini.

SPRM juga berharap orang ramai tidak membuat spekulasi terutamanya melibatkan imej dan integriti suruhanjaya itu. – EDISI 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan