24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PKPB berterusan, kolej kemahiran swasta boleh gulung tikar

Mesti Baca

SERANGAN ganas Covid-19 turut memberikan kesan kepada pengusaha kolej dan kemahiran swasta yang majoriti terdiri daripada kaum bumiputera.

Salah seorang daripada mereka yang membuka institut tersebut di utara tanah air yang mahu dikenali sebagai ‘Pak Long Kedah’ bimbang ramai pengusaha akan gulung tukar jika Kementerian Sumber Manusia tidak menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membolehkan kelas-kelas dibuka semula.

Berikutan luahan dan pandangan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada Edisi 9:

Sebagai salah seorang pengusaha institut kemahiran swasta, saya amat bimbang dengan masa depan kami.

Ia memandangkan jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 9 Jun ini dilanjutkan lagi, pasti banyak kolej dan institut kemahiran itu akan gulung tikar dan sekaligus menyebabkan ramai tenaga pengajar diberhentikan.

Walaupun ketika ini kolej dan institut tersebut dibenarkan menjalankan pembelajaran secara talian tetapi ia tetap tidak mampu menjamin ‘survival’ mereka, tambahan pula dalam kemahiran, pembelajaran melalui online tidak mencapai kualiti sebenar terutamanya amali.

Sehubungan itu saya berharap jika PKPB dilanjutkan, Kementerian Sumber Manusia akan menyediakan SOP bagi membolehkan kelas-kelas pembelajaran dibuka semula.

Sudah pasti, kami tidak akan ada masalah untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Advertisements

Kalaulah pelajar SPM dan STPM dapat meneruskan kelas melalui SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, saya percaya cara yang sama juga boleh diberikan kepada kolej dan institusi kemahiran swasta.

Untuk makluman, ketika ini kolej dan institusi tersebut terpaksa menunda tarikh verifikasi pelatih-pelatih yang telah tamat dan jam-jam pembelajaran yang tidak mencukupi terpaksa dijadualkan semula untuk menepati syarat-syarat kelayakan tamat sijil kemahiran yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Saya merayu kepada Kementerian Sumber Manusia untuk membenarkan kelas pembelajaran dibuka semula memandangkan jika PKPB berterusan, ia akan menyebabkan banyak kolej dan institusi kemahiran swasta menghadapi masa depan yang gelap.

Ia memandangkan ketika ini kami berhadapan dengan dua masalah besar iaitu pertama, pelatih dan pelatih praktikal manakala kedua masalah pentadbiran.

Bagi masalah pelatih & pelatih praktikal kami berhadapan dengan situasi:

  • Jangkamasa pembelajaran terpaksa dipanjangkan.
  • Kos sara penyewaan asrama atau rumah sewa terpaksa dilanjutkan.
  • Pelatih yang sepatutnya tamat pada jangkamasa ditetapkan terpaksa dilanjutkan.
  • Pelatih yang sedang menjalani praktikal terganggu dan terpaksa ditangguhkan.
  • Pelatih yang telah tamat pembelajaran & latihan praktikal belum diverifikasi oleh pegawai pengesah luaran (PPL).
  • Sesi lapor diri untuk pelatih baru terpaksa ditangguhkan.

Pada masa sama pengusaha kolej dan institut berhadapan dengan masalah pentadbiran seperti:

  • Pembayaran ke atas penyewaan bangunan tetap perlu dilakukan.
  • Pengambilan pelatih baru tidak dapat dilakukan.
  • Gaji tenaga pengajar tetap perlu dibayar.

Apa yang perlu difahami jika pembelajaran di dalam kelas tetap tidak dibenarkan atas faktor PKPB, saya percaya ramai tenaga pengajar akan hilang pekerjaan kerana banyak kolej dan institut kemahiran swasta terpaksa ditutup.

Saya berharap ia tidak sampai pada tahap itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan