28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Haramkan arak? Haramkan juga sekolah tahfiz – Siti Kasim

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – “Alkohol bukan masalah. Peminum yang tidak bertanggungjawab adalah masalah sebenar. Sama seperti sekolah tahfiz, ia bukan masalah tetapi pihak pengurusan sekolah itu yang bermasalah,

“Anda mahu mengharamkan arak hanya kerana ia menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan sekolah-sekolah tahfiz juga kerana ia menjadi punca kerosakan anak-anak yang tidak bersalah.”

Demikian kenyataan peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim Facebooknya yang mengecam cadangan Pas agar menggantung penjualan arak sehingga isu pemandu mabuk dapat diselesaikan.

Lebih dikenali Siti Kasim, dia menegaskan parti itu tidak seharusnya menghalang individu lain untuk meminum arak hanya kerana mereka tidak menyukainya.

“Anda (Pas) tidak boleh mengenakan akhlak, kepercayaan dan nilai kepada orang lain. Hanya kerana anda tidak suka, anda tidak patut menghalang orang lain daripada menikmatinya (minum arah),” ujar beliau yang juga dikenali sebagai peguam hak asasi manusia.

Sebelum ini, parti itu mencadangkan agar kerajaan segera menggantung semua pengeluaran, perniagaan serta penjualan arak sehingga semua langkah baharu diambil bagi menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, dalam tempoh tersebut, kerajaan Perikatan Nasional perlu menubuh Jawatankuasa Khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian dalam menangani kes berkenaan.

Siti Kasim turut menuduh Pas berdiam diri terhadap isu penyelewengan dan penyalahgunaan pusat-pusat tahfiz.

“Tetapi ketika menyangkut isu-isu yang mereka setujui, walaupun terjadi penyalahgunaan serius, salah urus dan jenayah yang dilakukan, mereka membisu.

“Contohnya, penyelewengan tahfiz, salah urus tempat-tempat ini… adakah mereka mengatakan sesuatu mengenai perkara ini? Tidak ada. Senyap.” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan