24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerteh FC lantik penasihat teknikal dari Sepanyol

Mesti Baca

JUARA berganda Liga Amatur Terengganu (TAL) 2019, Kerteh FC telah melantik bekas Pengurus Sukan Antarabangsa RCD Espanyol, Oscar Riera sebagai Penasihat Teknikal kelab itu, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier berkata, Riera akan membantu Pengarah Teknikal, Che Ku Marzuki menjalankan program pembangunan belia bagi mencungkil bakat-bakat muda dari Kerteh untuk memulakan karier bola sepak profesional mereka di Eropah.

“Oscar Riera mempunyai profil terbaik untuk mengambil peranan sebagai Penasihat Teknikal. Pengalaman bertahun-tahun dan sentimen pragmatik menjadikannya calon yang sempurna untuk kelab seperti Kerteh.

Advertisements

“Pelantikannya juga menandakan langkah penting bagi Kerteh FC bagi menjayakan projek pembangunan jangka panjang yang bertujuan memperkukuh bakat tempatan untuk mencapai matlamat kelab yang bercita-cita tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Riera juga bekerjasama rapat dengan kelab-kelab dari Segunda Division (La Liga 2) dan Tercera Division untuk membawa bakat-bakat muda asing untuk menguji kemampuan mereka di pasaran Eropah.

Bagaimanapun, buat sementara Riera akan bekerja dari kampung halamannya di Barcelona dan dijangka tiba di Kerteh, Terengganu akhir tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan