23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Dukung warga emas, dua kakitangan KKM dapat pujian

Mesti Baca

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah terkesan dengan tindakan dua kakitangan kementerian itu yang bertindak membantu seorang warga emas ke pusat ujian Covid-19 semalam.

Menurutnya, Inspektor Kesihatan Shahir Razali dan Mastura Maznor adalah wira kerana mereka benar-benar menghayati slogan Kementerian Kesihatan iaitu ‘Kami Sedia Membantu’.

“Melayan insan dengan lemah lembut tanpa sempadan kaum atau agama. Inspektor kesihatan kami Shahir Razali telah menggendong mak cik warga emas berbangsa Cina ke pusat ujian Covid-19.

“Berpuasa pada bulan Ramadan dan memberikan khidmat kepada orang yang memerlukan ketika memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE), sesungguhnya anda adalah wira kami. Sangat bangga dengan anda berdua dan terima kasih,” kata Dr Noor Hisham dalam hantaran di Facebooknya.

Advertisements

Menerusi hantaran itu, Dr Noor Hisham turut melampirkan gambar menunjukkan petugas kesihatan memikul seorang wanita warga emas itu manakala seorang lagi sedang memegang walker.

Manakala sekeping gambar lagi menunjukkan empat petugas barisan hadapan yang memakai sut PPE dengan tertera perkataan di sarung tangan mereka, “We Love Malaysia, Stay Safe” (Kami Sayang Malaysia, Kekal Selamat).

Hantaran itu turut dimuatkan ke dalam akaun Twitternya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan