24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Benarkah UMNO akan tinggalkan kerajaan PN?

Mesti Baca

KALAU benar, ini sudah pasti berita gembira bagi Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan semakin kehausan kuasa selepas kehilangannya pada Februari lalu.

Namun, realitinya apa yang disangkakan banyak pihak tidak benar sama sekali. UMNO tetap bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga pilihan raya umum akan datang.

Itulah yang ditegaskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, UMNO akan tetap memastikan kerajaan yang berpaksikan Islam dan bumiputera ini mampu memulihkan segala kerosakan yang dilakukan kerajaan PH, dan memastikan nasib rakyat semua kaum dibela terutama pasca Covid-19.

“Tidak pernah timbul UMNO mahu meninggalkan PN kerana rata-rata ahli dan rakyat keseluruhannya amat bersyukur dengan pembentukan kerajaan ini yang berjaya menyelamatkan negara daripada krisis politik yang meruncing.

Advertisements

“Sekaligus membebaskan negara daripada parti chauvinis dan rasis DAP dan kerakusan PKR yang hanya memfokuskan perjuangannya sejak dari awal untuk menaikkan Presidennya sebagai Perdana Menteri,” kata Asyraf Wajdi dalam kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Persoalan sama ada UMNO akan tinggalkan kerajaan PN timbul berikutan keputusan parti itu yang mengesahkan tidak akan menyertai PN jika perikatan itu dijadikan sebuah gabungan parti-parti politik yang berdaftar.

Ini kerana UMNO sudah komited dengan Muafakat Nasional (MN) yang bentuk bersama Pas melalui proses yang panjang termasuk ‘mind-conditioning’ selama setahun sebelum diikat dengan piagam yang ditandatangani bersama pada September tahun lalu.

Tambahan pula krisis yang berlaku dalam Bersatu sendiri menyebabkan hasrat untuk menjadikan PN sebuah gabung parti berdaftar tidak kukuh memandangkan Pengerusinya dan sayap Armada menolak kerjasama dengan UMNO.

“Presiden Bersatu juga sedang dicabar anak kepada Pengerusi Bersatu sendiri dalam pemilihan parti mereka akan datang.” katanya. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan