Thursday, July 23, 2026

ADUN Chini meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada awal pagi 7 Mei dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui laman Facebook beliau.

“Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.

Abu Bakar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke-11.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham. Al-Fatihah. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan