24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tak terperanjat Man United dapatkan semula Ronaldo

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

BUKAN sesuatu yang memeranjatkan jika Manchester United mendapatkan semula bekas bintangnya, Cristiano Ronaldo semasa perpindahan musim panas ini, kata seorang ketua kelab terkemuka Eropah.

Bintang Potugal itu yang kini dikatakan akan meninggalkan Juventus ekoran krisis kewangan akibat wabak Covid-19.

Awal bulan ini, Juventus dilaporkan tidak mampu untuk membayar gaji pemain terbaik dunia itu sebanyak £510,00 (RM2.75 juta) seminggu selepas kelab itu terjejas teruk akibat Covid-19.

Wartawan disegani Sepanyol, Guillem Balague ketika bercakap menerusi saluran YouTube berkata, seorang pengarah kelab bola sepak terkemuka Eropah mengakui tidak terperanjat jika Red Devil mendapatkan semula wiranya.

Perkara itu dimaklumkan oleh bos kelab tersebut ketika ditanya “bagaimana kalau Manchester United membuat keputusan untuk mendapatkannya (Ronaldo)”.

Advertisements

Para pemain Juventus termasuk Ronaldo telah bersetuju untuk tidak menerima gaji selama empat bulan pada akhir Mac tetapi masih tidak mencukupi bagi juara Serie A itu.

Ditanya sama ada Real Madrid masih berminat untuk mendapatkan semula Ronaldo, pengarah itu berkata, kelab tersebut mencari profail yang berbeza.

Ronaldo menyertai United pada Ogos 2003 sebelum meninggalkan kelab bimbingan Alex Ferguson itu pada Julai 2009.

Sepanjang 292 penampilan bersama Old Trafford, pemain itu telah menjaringkan sebanyak 118 gol. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan