25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kejayaan Vietnam bendung Covid-19 jadi perhatian dunia

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SELAIN Malaysia, seluruh dunia juga memerhatikan bagaimana Vietnam berjaya mengawal wabak ini sehingga hanya mencatatkan 268 kes dan tiada sebarang kematian.

Walaupun bersempadan dengan China, di mana wabak ini dikatakan mula menular, namun Vietnam yang mempunyai 95 juta penduduk berjaya mengawalnya, malah sudah lapan hari tiada kes baharu dicatatkan.

Menurut The Telegraph UK, tindakan pantas kerajaan Vietnam yang melaksanakan penjarakan sosial ketika wabak itu mula menular sejak Januari lalu merupakan kejayaan besar negara itu daripada mendapat penularan teruk Covid-19.

Vietnam tidak berkompromi apabila wabak yang mula menyebabkan ribuan kematian di China dengan pantas menutup pintu sempadan, mengadakan penjarakan sosial dan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara.

Hasilnya, sehingga kini negara itu antara paling rendah dijangkiti Covid-19 dalam kalangan negara-negara ASEAN lain dan tiada kes-kes baharu dicatatkan sepanjang seminggu lalu.

Negara itu mula melonggarkan perintah kawalan pergerakan dan penjarakan sosial pada Rabu dengan beberapa sektor seperti perniagaan dan pengangkutan awam mula beroperasi seperti sedia kala.

Bagaimanapun, di Hanoi dan Ho Chin Minh masih tidak membenarkan bar, kelab malam, panggung wayang dan pusat sukan beroperasi beroperasi malah larangan berkumpul melebihi 20 orang masih dikuatkuasakan.

Memetik laporan Vietnam Briefing, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, teksi, Grab dan pengangkutan antara wilayah sudah dibenarkan tetapi dengan kawalan ketat daripada pihak berkuasa.

Advertisements

“Vietnam juga sudah mula membuka laluan penerbangan dari Kanada, Perancis, Indonesia, Jepun, Filipina, Rusia, Singapura, Sepanyol, Thailand, Amerika Syarikat dan Emeriyah Arab Bersatu,” kata agensi itu.

Kementerian Pengangkutan Vietnam juga membenarkan pertambahan jumlah penerbangan domestik antara Hanoi dan Ho Chi Minh selain membuka semula jalur penerbangan ke wilayah lain.

Malahan, Honda Vietnam turut mengumumkan kilang pengeluaran kereta dan motosikalnya kembali beroperasi mulai semalam.

Ini berbeza dengan negara-negara rakan ASEAN lagi yang masih bergelut dengan peningkatan kes-kes baharu terutama di Singapura dan Indonesia yang mencatatkan peningkatan kes mendadak.

Singapura kini mencatatkan 11,178 kes dengan peningkatan berganda dalam tempoh beberapa minggu ini yang berpunca daripada kluster asrama pekerja asing dari Asia Selatan.

Negara itu, walaupun mempunyai penduduk yang jauh lebih kecil jumlahnya daripada Vietnam tetapi telah mencatatkan 12 kematian yang kebanyakannya dalam kalangan warga asing.

Indonesia yang mempunyai 150 juta penduduk turut mencatatkan peningkatan kes dan sehingga kini telah menjangkiti 7,775 penduduknya dengan 394 daripadanya membawa maut. – Agensi

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan