27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Dibenar pulang: Mahasiswa, ibu bapa tarik nafas lega

Mesti Baca

HAMPIR 100,000 mahasiswa yang kini ‘dikuarantin‘ di asrama-asrama universiti awam dan swasta boleh menarik nafas lega apabila kerajaan sedang merancang untuk membawa mereka pulang ke pangkuan ibu bapa masing-masing.

Dalam perutusan khas Perdana Menteri malam tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimana pun berkata, keputusan membenarkan mahasiswa terbabit kembali ke kampung halaman masing-masing perlu dibuat secara berhati-hati.

“Proses untuk membawa pelajar-pelajar ini pulang sedang dirancang oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan,” katanya dalam perutusan khas malam ini.

“Jumlah pelajar yang terlibat adalah besar, iaitu hampir 100,000 orang. Jadi kita mesti rancang pergerakan mereka dengan teliti untuk pastikan ianya teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan.

“Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19,” kata Muhyiddin dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Keputusan kerajaan itu, walaupun masih belum dimuktamadkan prosesnya, bukan sahaja memberikan kelegaan kepada mahasiswa berkenaan tetapi turut dirasai oleh ibu bapa mereka yang saban hari menunggu kepulangan anak-anak mereka.

Walaupun kes baharu Covid-19 mulai menurun sejak beberapa hari lalu, kerajaan masih meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi mulai 29 April.

“Alhamdulillah, ini keputusan yang melegakan kami ibu bapa yang memiliki anak yang dikuarantin di asrama niversiti sejak 18 Mac lalu. Tambahan pula macam anak saya di Sarawak, sudah tentu ia menggusarkan kami sepanjang PKP ini.

“Walaupun kami yakin mereka lebih selamat berada di asrama masing-masing tetapi hati mana yang tidak gusar ketika seluruh negara sedang bertarung dengan wabak penyakit seperti Covid-19 ini.

Advertisements

“Jadi bila kerajaan dah bersetuju untuk membenarkan mahasiswa ini pulang, saya cukup lega, biarpun andai dia dikenakan kuarantin 12 di Kuala Lumpur sebelum pulang ke rumah, saya reda,” kata seorang ibu yang anaknya mengambil asasi sains semester akhir di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Keputusan kerajaan membenarkan para mahasiswa tempatan pulang ke pangkuan ibu bapa masing-masing adalah wajar kerana jika pelajar luar negara dari seluruh ceruk dunia dibenarkan pulang beramai-ramai, kenapa mahasiswa yang berada di dalam negara tidak dibenarkan pulang?

Lagipun mereka semua sudah dikenakan kuaratin di asrama-asrama universiti dan jika ada pun segelintir yang tinggal di luar kampus, pun sehingga dua fasa terakhir PKP, tiada kedengaran kluster dari mahasiswa tempatan.

Justeru, adalah sewajarnyalah mereka dibenarkan pulang ke pangkuan ibu bapa masing-masing secara berperingkat-peringkat dan dalam hal ini, kerajaan boleh menggunakan bas-bas universiti atau trak-trak tentera untuk membawa pulang mahasiswa terbabit.

Bagi mereka yang tidak di seberang Laut China Selatan – Sabah dan Sarawak, atau mahasiswa kedua-dua negeri terbabit yang berada di Semenanjung, boleh menggunakan prosedur ketika membawa pulang mahasiswa Malaysia dari luar negara.

Mereka mengambil kira penjarakan sosial ketika di lapangan terbang, di dalam pesawat. Jika masih bimbang kalau-kalau ada yang menjadi pembawa virus, kuarantinlah mereka di negeri-negeri tempat mereka berasal.

Dalam hal ini penulis percaya kerajaan mempunyai kebijaksanaan untuk melepaskan mahasiswa ini pulang dan tiada istilah mereka dibuli. Sudah tentu dalam membuat keputusan, setiap nyawa perlu diambil kira.

Jadi, kepada semua mahasiswa yang masih berada di asrama, bolehlah mengemak beg-beg pakaian untuk dibawa. Lagipun cuti semester sudah pun bermula dan akan kembali melapor diri ke universiti Oktober nanti. Itupun kalau-kalua PKP sudah berakhir.

Bersabarlah ya adik-adik…!

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan