24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hapus tradisi pasukan bola sepak negeri jika mahu berkembang

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

BOLA sepak di negara ini sukar untuk bergerak lebih jauh jika masih mengekalkan tradisi pasukan berasaskan negeri-negeri, tradisi yang sudah bertapak sejak masyarakat di Malaysia mengenali bola sepak.

Bayangkan sebuah negeri sebesar Pahang hanya bergantung kepada sebuah pasukan negeri walhal saiz negeri itu hampir sebesar sebuah negara seperti Belanda.

Pahang memiliki keluasan yang hampir sama dengan negara Belanda tetapi hanya mempunyai sebuah kelab negeri sedangkan negara Eropah itu mempunyai beratus-ratus kelab profesional berteraskan bandar dan dalam liga utama mereka memiliki 18 pasukan pro.

Namun untuk melihat Pahang memiliki ratusan kelab mungkin tidaklah munasabah kerana atas faktor populasi dan ekonomi. Tapi paling tidak jika bola sepak profesional di Pahang adalah berteraskan bandar berkemungkinan mereka akan memiliki sekurang-kurangnya lima kelab pro.

Itu hanya negeri Pahang dan berapa banyak pula kelab-kelab bola sepak dapat diwujudkan di negeri-negeri lebih besar seperti Sarawak dan Sabah.

Faktor ini sebenarnya menjadi penyebab mengapa piramid bola sepak Liga Malaysia agak sukar berkembang.

Bayangkan juga jika negeri anda memiliki limpahan pemain berbakat namun tidak semua akan terpilih kerana hanya ada satu pasukan profesional di negeri anda, kalau ada pun kelab tersebut akan bertukar menjadi “feeder club” kepada pasukan negeri.

Advertisements

Banyak kelab cuba untuk mengembangkan sayap mereka bahkan menukar nama korporat mereka kepada nama-nama bandar seperti Kuala Muda Naza dan MBPJ FC yang menukar nama kepada PJ City FC namun kesetiaan penyokong tetap juga kepada negeri.

Ini menyebabkan kelab-kelab bola sepak kita gagal untuk bertahan ekoran masalah kewangan kerana tidak dapat meraih sokongan peminat setempat

Walaupun tidak dinafikan kepincangan pengurusan juga menjadi asbab kepada keruntuhan sesuatu kelab namun ada juga kelab bawahan yang berteraskan nama daerah atau bandar memiliki pengurusan yang sangat baik seperti Kerteh FC.

Kerteh FC memiliki pengurusan yang agak baik dan tersusun bahkan cara mereka meraih pendapatan menerusi pengiklanan juga agak sistematik.

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA 2020 menentang NLFC menyaksikan kehadiran 600 orang peminat.

Manakala dalam saingan suku akhir Piala Liga Amatur Terengganu (TAL) ketika Kerteh FC melayan kunjungan Real Chukai FC kehadiran peminat mencapai angka 1,000.

Jumlah ini agak baik dengan kapasiti stadium dan tradisi kelab bola sepak berteraskan bandar dan daerah yang masih baru. – Liga Malaya

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan