27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

RM1 juta simpanan habis bantu orang – Ebit Lew

Mesti Baca

“REZEKI melimpah-ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini dah berjuta habis.

“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner,” demikian dimaklumkan pendakwah terkenal, Ebit Lew tentang kedudukannya sekarang.

Menerusi akaun Facebook, Ebit berkata, perniagaannya juga sangat baik dan beliau bersyukur terhadap Allah yang melimpahkan rezeki untuk beliau.

Pendakwah itu berkata, beliau akan menghentikan kerja-kerja amal membantu mereka yang dalam kesusahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya menyalurkan wang sumbangan ke dalam akaun mereka yang memerlukan.

Beberapa hari lalu, beberapa pihak mengecam Ebit selepas beliau membantu sebuah keluarga yang tinggal di rumah usang berhampiran longgokan sampah di Alor Setar.

Tidak cukup dengan itu, seorang pendakwah didakwa mengeluarkan kata-kata nista terhadap Ebit termasuk menggelarkannya seorang kafir dan makan duit sumbangan orang ramai sehingga mampu hidup mewah.

Baca juga:   Ketua Pemuda: Dr. Akmal mendahului

Bagaimanapun individu tersebut mendakwa dia tidak mengeluarkan kenyataan tersebut, sebaliknya akaun Facebooknya digodam.

“Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan negara Malaysia,” katanya.

Ebit berkata, beliau telah dipanggil memberi keterangan di Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu

Baca juga:   Kelewatan kapal tangki antara punca bekalan RON95 terjejas

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan,” katanya.

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan