26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Pendatang asing ‘sapu’ peluang kerja anak tempatan – Peguam

Mesti Baca

ISU pendatang asing bukan hanya melibatkan etnik Rohingya tetapi juga pelbagai warga negara lain termasuk Bangladesh, Nepal, Indonesia, Myanmar, Filipina, China, Thailland, Afrika dan lain-lain.

Mereka “mencuri” peluang kehidupan dan sumber terhad untuk warga tempatan ditambah pula dalam keadaan semuanya dalam kesusahan ekoran wabak Covid-19 yang menular di seluruh dunia. Demikian ditegaskan oleh peguam Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz.

Justeru, beliau mahukan agar kerajaan mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk untuk mengemas kini data pendatang asing dan menghalau mereka keluar selepas PKP berakhir.

“Kalau dilihat dari sudut kemanusiaan, jangan hanya pandang mereka ini mangsa kezaliman atau kebuluran di negara sendiri yang merantau mencari sesuap nasi sahaja.

“Pandang juga aspek rakyat tempatan, anak sendiri yang kelaparan hilang kerja, hilang segalanya, sebab susu peluang ekonomi telah habis diberikan kepada kera di hutan.

“Nasib rakyat tempatan Malaysia juga adalah hal kemanusiaan,” tegasnya menerusi akaun twitternya hari ini.

Advertisements

Pada 17 April lalu, sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak dihalang daripada memasuki perairan negara ini oleh pasukan keselamatan sehingga mencetuskan polemik.

Tindakan ini mendapat kecaman beberapa pihak termasuk kalangan ahli politik pembangkang kerana menganggap kerajaan tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan kerana enggan menerima pelarian terbabit.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu etnik berkenaan perlu dilihat secara menyeluruh.

Tanpa menyatakan sama ada masyarakat perlu membantu atau menolak, Zulkifli berkata, isu etnik minoriti itu tidak boleh difahami melalui satu naratif atau perspektif sahaja.

Menurutnya, kepentingan dalam mengurus isu etnik yang ditindas itu memerlukan kebijaksaan.

“Saya melihat isu ini lebih kepada situasi yang berlaku di Malaysia kerana ketika seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk berada dalam keadaan stabil kerana berhadapan dengan COVID-19,” katanya dalam temubual dengan TV Alhijrah dan dikongsi di facebooknya.

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan