28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Balas surat Lara, Dr Noor Hisham makin melekat di hati rakyat

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan menangani wabak Covid-19 tidak menghalang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk membalas surat yang dikirim oleh seorang ‘kawan’ kecil beliau.

Lara Khadijah McAfee, murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu mengirimkan sekeping surat bertulis tangan untuk menyatakan sokongan atas usaha Dr Noor Hisham untuk memastikan rakyat kekal sihat dan selamat ketika Covid-19 melanda.

Bersama surat tersebut disertakan satu gelang tangan getah berwarna biru-putih yang dihasilkan sendiri oleh kanak-kanak tersebut sebagai tanda persahabatan.

“Saya membuat gelang tangan ini untuk anda sebagai tanda terima kasih atas usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu rakyat Malaysia untuk kekal selamat dan sihat ketika wabak virus ini melanda,” tulis Lara.

Menariknya, surat kanak-kanak bertarikh 19 Mac lalu telah mendapat balasan daripada Dr Noor Hisham semalam, yang berterima kasih atas pemberian tersebut.

“Kata-kata awak baik sekali tetapi saya tidak berseorangan. Saya bertuah mempunyai pasukan yang hebat untuk membantu negara kita.

Baca juga:   Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN) digubal

“Harap semua rakyat Malaysia seperti awak yang sama-sama membantu dengan kekal di rumah. Sila teruskan apa yang awak lakukan dan bersama kita melawan bvirus ini,” tulis Dr Noor Hisham.

Kedua-dua surat tersebut tular dalam media sosial hari ini.

Ekoran itu, ramai yang memuji kesudian Dr Noor Hisham untuk membalas surat Lara Khadijah walaupun beliau sedang bertungkus-lumus menangani Covid-19 yang kini sudah melebihi 5,000 kes dengan lebih 80 kematian.

Baca juga:   Jalan Kuala Berang-Felda Mengkawang ditutup semua kenderaan

“Dia seorang yang merendah diri dan saya mengkaguminya dengan apa yang disumbangkan untuk negara kita,” kata abang Lara Khadijah, Iman dalam twitternya hari ini.

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan