Wednesday, July 22, 2026

Utus surat kepada Dr Noor Hisham, Lara kini jadi perhatian

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

SIAPA sangka hanya dengan senaskhah surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari Kuala Terengganu menjadi perhatian seluruh negara.

Surat bersama seutas gelang tangan yang dibuat sendiri sebagai simbol persahabatan dikirimkan kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai ucapan terima kasih kerana memastikan rakyat Malaysia terus kekal sihat menghadapi wabak Covid-19.

Surat kiriman Lara Khadijah McAfee, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu itu menjadi perhatian selepas Dr Noor Hisham yang dalam kesibukan sehariannya masih sempat membalas surat kiriman kanak-kanak itu.

Ramai yang kagum dengan budi pekerti Dr Noor Hisham yang masih mahu melayan surat kiriman seorang kanak-kanak dan pada masa yang sama mereka tertanya-tanya siapakah gerangan kanak-kanak tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut memuji kanak-kanak tersebut dengan keberaniannya.

“Terbaik anak kelahiran Terengganu,” kata beliau dalam twitternya.

Lara Khadijah adalah anak kepada pasangan Anuar McAfee, Pengarah Pusat Antrabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Mutiara Jusuf McAfee, seorang kakitangan Terengganu Inc.

Sementara itu memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Lara Khadijah tidak menyangka surat yang dirimkan hampir sebulan lalu itu dibalas oleh Dr Noor Hisham.

“Saya tak sangka jadi seperti ini… Saya teruja dan gembira. Saya akan bingkaikan surat itu dan letakkan dalam bilik saya,” katanya.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan