25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Lelaki maut angkara merokok di balkoni tingkat 12

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Merokok membawa maut. Begitulah nasib seorang lelaki apabila dia terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih dekat Kajang, semalam.

Memetik laporan Bernama, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang semalam semasa mangsa berusia 21 tahun sedang merokok di balkoni seluas 2 kaki sebelum ditemui terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal di apartimen itu bersama empat rakannya dan mangsa sering duduk di balkoni tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – AGENSI

Baca juga:   Penduduk nampak beberapa rumah jatuh dari tebing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan