29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Semalam Ismail Sabri berbaju batik, hari ini…?

Mesti Baca

MENTERI Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menjadi perhatian apabila mengenakan baju batik bercorak ala-Hawaii semasa mengadakan sidang akhbar harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) Covid-19.

Berikutan itu, ramai yang memuji baju yang dikenakan Menteri Pertahanan itu yang kelihatan santai ketika negara sedang berdepan wabak yang kini melebihi 5,000 kes dengan lebih 80 orang meninggal dunia.

Walaupun kelihatan santai dalam berpakaian, tetapi ketegasan beliau bagi memastikan seluruh rakyat mematuhi perintah tersebut tetap kelihatan dengan tidak memandang ringan terhadap mana-mana pihak yang mengingkarinya.

“Ya kah, ini baju batik Terengganu. Insya-Allah lepas ini saya  pakai lagi. Tak sangka ramai suka,” kata Ismail Sabri kepada seorang wartawan Mohd Faizal Hassan yang turut hadir dalam sidang akhbar itu di Putrajaya, semalam.

Mohd Faizal dalam twitternya memberitahu Naib Presiden UMNO itu bahawa ramai yang memberikan komen mengenai baju batik yang dipakai.

Sejak PKP dilaksanakan hampir sebulan lalu, beliau diberi tanggungjawab untuk menyampaikan perkembangan perintah itu kepada rakyat menerusi sidang akhbar khas harian.

Ekoran itu, ramai yang mula bertanya tentang kemungkinan baju atau fesyen yang akan dipakai Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini sementelah menantu Jovian Mandagie seorang pereka fesyen yang terkenal di negara ini.

“Mungkin hari ini fesyen lain pula. Maklum, menantu kan pereka fesyen,” tanya seorang teman penulis.

Tidak cukup dengan itu, tersebar pula gambar pemimpin itu menikmati mi cawan segera yang dipercayai diambil sejurus selepas sidang akhbar berkenaan sehingga mencetuskan rasa sayu kalangan netizen.

“Sewaktu ada orang makan berhidang, Ismail Sabri memilih untuk makan mi segera bagi melapik perut. Kepada saya ini peristiwa besar.

“Masa krisis sahabat, kerja banyak, tanggungjawab berat. Yang difikirkan adalah rakyat dan negara. Tahniah Datuk Seri, kepimpinan melalui teladan,” tulis Hamdan Rakun dalam twitternya.

Semalam juga tersebar gambar seorang timbalan menteri yang dikatakan menikmati jamuan beramai-ramai di sebuah masjid sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mengingkari PKP.

Bagaimanapun timbalan menteri berkenaan mendakwa ia adalah gambar lama sebelum PKP dilaksanakan, dan sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan