29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Gadis tertusuk serampang, hospital minta bantuan bomba

PASUKAN Bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan serampang yang tertusuk paha kanan seorang gadis di Bintulu, Sarawak, awal pagi tadi.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Bintulu bagi memohon bantuan khidmat...

Dua wanita maut dalam nahas dua kenderaan

DUA wanita maut selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 58.3 Lebuh Raya Senai-Desaru, dekat Kota Tinggi, Johor, petang tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penguasa Bomba Kanan 1 Faizal Ahmad berkata, pihaknya...

Premis KPDN terbakar, 14 kenderaan rampasan selamat

PASUKAN bomba berjaya menyelamatkan  14 daripada 16 kenderaan pelbagai jenis dan sebuah struktur stor penyimpanan barangan rampasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Jalan Ellis, Kuching, Sarawak, tengah malam tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan...

Kaki pelajar tersepit pada penutup longkang

SEORANG pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor cemas seketika pada hari pertama sesi persekolahan apabila kaki kanannya tersepit pada besi penutup longkang, pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pelajar...

Warga emas ditemukan maut di luar rumah terbakar

SEORANG warga emas maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis, Pahang, petang tadi. Mangsa, Yusof Kindok, 77, ditemui terbaring di luar rumah terbabit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah...

Tiga beradik maut dalam nahas tiga kenderaan

TIGA beradik termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tungku Kampung Bekapit di Lahad Datu, Sabah, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Ellaine Sappari, 4, kakak dan abangnya iaitu Isang, 39,...

Wanita hanyut bersama kereta ditemukan selepas 15 jam

MAYAT seorang wanita ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi malam tadi selepas lebih 15 jam hanyut dibawa arus deras di Jalan Nitar Utama, Mersing, Johor pagi sebelumnya. Ini menjadikan jumlah mangsa korban dalam kejadian banjir di Johor kepada lima orang. Pemangku...

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari hotel

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke beranda di tingkat empat bangunan hotel berkenaan. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan...

4 warga emas maut kereta bertembung lori

EMPAT warga emas maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong, Taiping, Perak, petang tadi. Ketua operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizan...

Kanak-kanak 12 tahun maut dalam kebakaran rumah

SEORANG kanak-kanak perempuan meninggal dunia dalam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil, Kedah, pagi tadi. Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemukan di dalam bilik tidur kediaman terbabit oleh anggota bomba yang memadam kebakaran. Menurut Penolong Pengarah Bahagian...
- Advertisement -spot_img

Latest News

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...
- Advertisement -spot_img