27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Pentadbiran pejabat daerah akan diperkasa – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memperkasa pentadbiran pejabat daerah di seluruh negara dengan tujuan segala projek pembangunan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut seiring dengan penekanan yang dibuat kerajaan terhadap projek-projek besar dana kerajaan akan menumpukan pemerkasaan pegawai dan pejabat daerah.

“Saya nak tekankan bahawa sementara tumpuan kita dalam projek-projek besar, teknologi moden dengan ekonomi yang mencabar sekarang ini diberi keutamaan, kita akan memperkasa pejabat daerah, pegawai jajahan di Kelantan dan di Sarawak serta Sabah.

“Ini strategi kita memperkasa tugas mereka. Kita dah beri perhatian yang lebih dan percayalah, bila saya bagi perhatian yang lebih makna kata semua bantuan sokongan akan diperkemas,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demilian ketika berucap menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan Madani menyediakan peruntukan khas sebanyak  RM100,000 untuk kegunaan setiap pejabat daerah.

Katanya, khidmat jurutera daerah juga akan digunakan bagi menyegerakan pembaikan kecil seperti penurapan jalan persekutuan yang rosak berdasarkan aduan  yang diterima.

Dalam pada itu, Anwar turut meminta semua pegawai daerah menyerahkan laporan prestasi projek bermasalah dan menyenaraikan keperluan masing-masing kepada beliau selewat-lewatnya Jumaat depan supaya tindakan segera boleh diambil. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan