32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

RUU Keselamatan Siber akan digubal – PM

RUU itu akan memberi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) punca kuasa undang-undang yang jelas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber dengan segera bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, Selasa lalu.

Menurutnya, RUU itu akan memberi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber.

Katanya, ia termasuk menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi NACSA, MKN sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Arahan MKN No. 26 Pengurusan Keselamatan Siber Negara dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS).

“Saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap keselamatan negara termasuk di dalam domain digital dan ekosistem siber.

Advertisements

“Sehubungan itu, NACSA, MKN dipertanggungjawabkan sebagai agensi tonggak untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai entiti kerajaan serta pihak industri di dalam hal ini,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anwar berkata, entiti dalam ekosistem siber akan terus mengekalkan kuasa yang membolehkan mereka melaksanakan fungsi masing-masing.

Pada masa sama, katanya, fungsi tugas beberapa entiti teras berkaitan keselamatan siber akan diselaraskan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan memaksimakan kecekapan.

“Malaysia harus menelusuri cabaran era digital yang menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera kerajaan dalam menangani ancaman keselamatan siber,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kilang proses ‘e-waste’ didalangi warga asing diserbu, 33 ditahan

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik atau e-waste yang didalangi warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan