33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Safawi, Insa kembali perkuat Harimau Malaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memanggil 10 pemain baharu termasuk lima pemain daripada skuad Piala AFF 2022 termasuk Safawi Rasid dan Natxo Insa bagi menghadapi aksi persahabatan Tier 1 bulan ini. 

Persatuan Bola Sepak Malaysia berkata, selain Safawi, empat lagi pemain Piala AFF lalu adalah Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim Rosli, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck.

Katanya, antara empat yang dipanggil Pan Gon selain Insa adalah Junior Eldstal, Shahrel Fikri Md. Fauzi, Azri Ab Ghani serta muka baharu, Syahir Bashah.

“Pan Gon telah mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac lalu.

Advertisements

“Kapten, Dion Cools tidak dapat bersama menyertai kem latihan pusat kali ini kerana melangsungkan majlis perkahwinan. FAM dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya mengucapkan tahniah kepada beliau dan isterinya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Harimau Malaya akan bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, masing-masing pada 14 dan 20 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Kesemua pemain yang dipanggil akan mula melaporkan diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Kuala Terengganu, Terengganu bermula 10 Jun ini.

Dalam pada itu, penyerang Sabah, Darren Lok terpaksa diketepikan untuk aksi persahabatan kali ini kerana mengalami kecederaan. – Edisi 9

Senarai 27 pemain yang dipanggil Kim Pan Gon bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini. – FAM

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan