32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Nurul Izzah nafi bakal bertanding PRN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin kononnya beliau merupakan antara calon yang akan dinamakan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menerusi ciapan di Twitter, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau kini komited dengan tugasnya sebagai pengerusi bersama dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd. Hassan Marican.

“Tidak benar, saya menggesa pihak media supaya bertanggungjawab dalam laporan mereka dan tidak mempercayai dakwaan tidak berasas,” katanya hari ini.

Sebuah portal tempatan hari ini melaporkan, Nurul Izzah akan bertanding pada PRN di enam negeri yang dijangka akan dilangsungkan pada Julai ini.

Advertisements

Portal itu memetik sumber yang mendakwa anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diberikan portfolio besar dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, Nurul Izzah bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR sejak 1982.

Bagaimanapun, pemimpin berusia 42 tahun itu tewas mengejut kepada Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,272 selepas memperoleh 37,638 undi mengatasi Nurul Izzah yang meraih 32,366 undi.

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan