30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dana judi: PN sedia ambil tindakan mahkamah – Muhyiddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dakwaan parti itu menerima dana daripada syarikat perjudian.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan itu merupakan satu fitnah serius kepada mereka.

Bagaimanapun, PN akana menunggu maklum balas daripada pihak Perdana Menteri sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kita akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri atas kenyataan itu.

“Terlebih dahulu, kita ingin menegaskan bahawa dakwaan ini satu tuduhan dan fitnah yang serius. PN akan menunggu jawapan daripada Anwar sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini.

Advertisements

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said semalam berkata, siastan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang unsur penerimaan rasuah parti dalam kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengenai sejauh mana siasatan SPRM terhadap parti-parti dalam kerajaan berhubung perbelanjaan ketika PRU-15 termasuk sumber dana.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan yang akan diambil berhubung kenyataan Perdana Menteri sebelum ini.

“Insya-Allah, kita akan teliti perkara ini, namun apa yang penting pertama sekali kita akan minta mereka memohon maaf kerana ini satu fitnah serta pertuduhan yang berat.

“Selepas itu saya akan tengok apa yang mereka akan lakukan selepas itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan