27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KJ masih belum buat keputusan sertai Bersatu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, KHAIRY Jamaluddin mengakui beliau memerlukan lebih banyak masa untuk mempertimbangkan tawaran menyertai parti politik.

Kata mantan Ahli Parlimen Rembau itu, beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru hanya kerana enam pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir.

“Apabila kita ada peluang kedua untuk pilih parti politik, saya tidak ambil keputusan ini dengan ringan. Saya tak mahu buat keputusan hanya kerana PRN semakin hampir.

“Saya mahu pilih dengan rela hati sebab parti itu mewakili nilai saya dan pendirian politik saya,” katanya dalam klip video Keluar Sekejap di laman TikTok, semalam.

Advertisements

Khairy berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran terbuka Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta bekas Ahli Parlimen Rembau itu bersetuju menyertai parti itu sekali gus ditawar menjawat jawatan ahli majlis tertinggi.

Kata Khairy, hala tuju politik seterusnya masih terletak di tangannya dan akan menyatakan secara peribadi kepada Muhyiddin jika beliau memilih untuk menyertai Bersatu.

Terdahulu, Khairy dipecat dari UMNO pada Januari lalu melalui keputusan yang dibuat semasa mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra  yang dipengerusikan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Khairy ketika ditanya pengacara bersama, Shahril Hamdan,  sama ada beliau akan bertanding dalam PRN enam negeri ini, bekas Menteri Kesihatan itu berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan