25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

SSM teliti 165 aduan diterima dari MHO

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) sedang meneliti aduan yang dikemukakan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berhubung penipuan skim pelaburan berkonsepkan saham.

SSM menerusi kenyataan berkata, sebanyak 165 aduan melibatkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah.

Katanya, sekiranya terdapat pelanggaran mana-mana undang-undang yang dikawal selia oleh SSM, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil.

“SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

Advertisements

“SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 30 April lalu, terdapat 227 skim kepentingan yang didaftarkan dengan SSM.

“Maklumat berhubung skim-skim kepentingan yang berdaftar dengan SSM boleh disemak di Portal SSM di https://www.ssm.com.my.

“Mangsa-mangsa yang terkesan dengan skim kepentingan yang tidak berdaftar disarankan tampil untuk membuat aduan melalui emel ke [email protected] atau hubungi 03-2299 4400 untuk maklumat lanjut,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan