Friday, June 5, 2026

Tunku Azizah kunjungi The Prince’s Foundation

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat mengunjungi The Prince’s Foundation di London, United Kingdom semalam.

Menerusi hantaran rasmi Istana Negara memaklumkan, dalam kunjungan selama sejam bermula pada jam 9.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia) itu, Seri Paduka Baginda berkenan meninjau ruang pameran The Prince’s Foundation.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima persembahan taklimat oleh Pengurus Pameran Rosie Alderton,”kata hantaran tersebut.

The Prince’s Foundation yang diasaskan oleh Baginda Raja Charles III lebih 40 tahun lalu, menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan inovatif kepada semua peringkat umur dan latar belakang.

Daripada seni tradisional, kemahiran kraf warisan, seni bina dan reka bentuk, sains, kejuruteraan dan hospitaliti. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan