Friday, June 5, 2026

Azam Baki akan jumpa Anthony dalam masa terdekat

MoT merupakan antara kementerian yang mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangannya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam masa terdekat.

Ini susulan Kementerian Pengangkutan (MoT) merupakan antara kementerian yang terlibat dalam laporan beberapa agensi kerajaan yang mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangannya.

“Saya bersedia untuk menjelaskan perkara-perkara secara terperinci tentang laporan yang tidak diambil tindakan itu.

“Jadi MoT (Kementerian Pengangkutan) salah satu yang terlibat dalam laporan itu, saya bersedia berjumpa dengan menteri berkenaan untuk menjelaskannya,”katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Sri Satria, di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut Azam berkata, pengabaian yang didedahkannya baru-baru ini adalah berkenaan tindakan serius terhadap salah laku dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, beliau mendedahkan beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka, walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan