27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PRN: BN tidak tolak parti sekutu guna lambang dacing

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan berhubung penggunaan lambang dacing oleh parti sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan keputusan awal, parti itu akan kekal menggunakan logo sedia ada.

Katanya, ada parti lain turut menyatakan hasrat untuk menggunakan logo BN pada PRN di enam negeri tersebut.

“Keputusan Dewan Tertinggi BN adalah memutuskan bahawa calon-calon BN akan menggunakan lambang BN.

Advertisements

“Kita tidak menolak jika ada parti lain di dalam kesepakatan Kerajaan Perpaduan jika berhasrat guna lambang BN. Itu (bagaimanapun) belum dimuktamadkan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) Bilangan 1 2023 di Putrajaya hari ini.

PRN di enam negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada Ogos depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan