27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Malaysia ke-75 Indeks Keganasan Global

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

USAHA Malaysia dalam membanteras aktiviti keganasan menampakkan hasil apabila melonjak tujuh anak tangga dari kedudukan ke-68 ke tangga ke-75 dalam Indeks Keganasan Global tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tren aktiviti keganasan di negara ini menurun daripada tujuh kes tangkapan berkaitan aktiviti keganasan pada 2020 kepada dua kes pada tahun lalu.

Katanya, tangkapan individu melibatkan aktiviti keganasan di Malaysia turut mencatatkan penurunan terutamanya pasca COVID-19.

“Kerajaan memandang serius tren dan perkembangan semasa isu dan ancaman keganasan di Malaysia dan luar negara yang memberi implikasi langsung ke atas keselamatan negara. 

“Kewujudan pejuang pengganas warga asing (FTF), serangan bersifat lone-actor, individu sel radikal kendiri (self-radicalized) serta pengebom berani mati merupakan antara elemen yang sinomim dengan tindakan dan aktiviti keganasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) Bil. 1/2023 di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga Mac lalu, Malaysia telah meratifikasi sebanyak 10 instrumen keganasan daripada keseluruhan 19 instrumen dalam usaha menyokong langkah-langkah menangani keganasan di peringkat antarabangsa. 

“Malaysia masih meneliti lanjut untuk menjadi negara pihak kepada sembilan instrumen antarabangsa berkaitan keganasan yang lain,” katanya,

Dalam pada itu, beliau berkata, Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

“Ini sebagai dokumen pelan tindakan yang komprehensif dalam konteks mencegah fahaman pelampau keganasan dengan penglibatan agensi- agensi kerajaan dan komuniti.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warganegara atau bukan warganegara yang berniat mengancam keselamatan negara dan menentang sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dalam apa jua bentuk sekalipun,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan