32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Musuh bina propaganda negatif, tidak senang dengan UMNO

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli parti menggilap semangat dan idealisme perjuangan dalam mendepani musuh yang cuba membina propaganda negatif kerana tidak senang dengan kedudukan mereka ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, musuh tersebut terus ghairah menanamkan perasaan benci dan prejudis yang melampau dalam pemikiran rakyat khususnya anak muda.

Katanya, permainan persepsi itu diasak-asak sepanjang masa sehingga membentuk satu realiti yang merbahaya di dalam pemikiran dan kehidupan rakyat.

“Pihak di sana bukannya tidak sedar kesan buruk propaganda ini. Tetapi dengan sengaja memejamkan mata dan membiarkan anak muda kita terus terbuai sehingga membelakangkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.

“Semuanya demi laba dan kuasa, bukan demi rakyat dan negara,” katanya menerusi perutusan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-77 UMNO hari ini.

Advertisements

Justeru itu, beliau berkata, bagi mengembalikan Malaysia kepada landasan yang betul, semua ahli perlu melihat ke dalam diri sendiri dan menginsafi tanggungjawab mereka dalam masyarakat.

“Mari kita gilap semangat dan idealisme perjuangan parti yang bersejarah dan membina UMNO yang lebih progresif dan mendepani dengan idea-idea segar.

“Ini bagi berdepan politik toksik pembangkang yang direncahkan dengan perkauman yang sempit dan sentimen tunggangan agama melampau tanpa memikirkan tanggungjawab untuk membina negara bangsa,” katanya.

Dalam pada itu, kata Ahmad Zahid, UMNO perlu meraikan suara akar umbi, gabungan suara anak muda  dan dewasa, membina generasi pelapis masa depan bagi melangkah ke depan. 

“Mari kita jayakan tata kelola politik baharu yang matang dan segar agar UMNO menjadi sebuah parti yang berdisiplin, mendahului kepentingan parti daripada kepentingan individu, cekap dan efisien, dan seterusnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti ini tidak akan sesekali mensia-siakan harapan rakyat,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan